Pages

Showing posts with label MALAY. Show all posts
Showing posts with label MALAY. Show all posts

Monday, July 25, 2011

LOL: Apa yang best time kanak-kanak dulu?

"Hai rakan2.. bertemu kita lagi.. Harini siti nak baca sifir 6.."

Jeng jeng jeng!!! Ingat lagi tak dialog sapa tu??
Hahaha... SITI SIFIR la... dalam show ALONG tu!!
Kanak2 sebaya aku tau la kot...memang tak miss la ALONG nih..

Haha.. tu antara banyak2 cita yang best la time skolah dulu..

Yup!!
Harini kita akan mengupas cerita ceriti zaman kanak2 yang marvellous.. kebanyakannya, kanak2 sekarang mana rasa!!
Maybe cita aku ni laing sikit dari hampa suma. Aku dulu skolah Convent sampai darjah 5 pastu pindah sekolah kat kampung ja..tapi BEST GILA!


Tanpa pemadam ni suma, mana nak kenai bendera2 ni


1. Main Domino pakai Pemadam
aku tak tau la hampa camna kan tapi time2 aku dulu ada pemadam yang gambaq2 bendera. petak empat segi la. Time tu Domino memang glamer gila. Nak p beli kat kedai, memang tak lepaih la kan (kais pagi, makan pagi la konon) ..so kami ni dulu innovative gila!! Pakai pemadam ja okay!!! satu kelaih kami susun pemadam tu!



Drama ni pun best nih!
2. Drama Marathon
Zaman2 dulu tusyen ni bukan feymes sgt (ada, tapi aku yang malaih).. So yang aku paling ingat skali la kan, balik klas kui 1 tu ja, bukak TV 2 ada drama Melayu.. Pastu tukaq TV 3 ada drama cina pulak..Pastu NTV7 pulak ada cita Maria Mercedes. Memang schedule pack la petang tu! Sekarang kan dah ada Beyond. Main rekod je la.. Mana Feel!!

camni la aku zaman2 dulu kan?


3. Kelaih Fardhu 'Ain
Hampa ada tak? aku ada wei.. kui 2 @ 3 tak silap aku la.. Bestnya time ni la aku leh p skolah nek basikal. Kira macho abeh ar dulu kalau p skolah bapak tak antaq. Rumah aku dekat ja pun. Pakai baju kurung, tudung pin senget, pakai seluaq panajng kat dalam, kayuh ar, apa lagi!


4. Duduk sebelah Laki tu adalah hukuman
Cekgu hampa penah buat tak? Dalam kelas aku dulu kan, kalau nakai ja, cekgu akan kata.."Peah, pi duduk sebelah Ahmad" (nama adalah rekaan) Dulu2 la.. Kalau duk sebelah lain jantina, memang kompem diam punyalah! Pasaipa ha? malu kot noh?

Pengawas = Golongan anti-sosial. Lol
6. Ketua Darjah Superb
"Wei, hang tulih nama kau buat apa? Aku pinjam pemadam ja"
haha..penah tak? dulu kan kat kelaih aku, kalau la si cekgu tu kena tinggai kelaih, dia mmg suruh ketua darjah ar incharge. Memang aku meluat ar.. Dia pun sebuk2 la tulih kat papan hitam tu Sapa yang bising, Sapa yang Main2..macam2 kategorilah!


5. Home-made Game
Zaman aku dulu la kan, bayak gila babeng ah game buatan sendirik. Kanak2 zaman aku ni leh dikatakan kritis dan kreatif la hampa tau tak. Antaranya lah kan, kami main:

Demo camna nak main pemadam.
::Tindih Pemadam::
Pemadam lagi! Game dia senang ja. Tekan hujung pemadam tu, kalau aku tinduh pemadam hang, hang kalah, pemadam hang aku amik!! TUUU DIAA!!


tuuu dia atlit kita!
:: Lompat getah::
lepaih beli getah kedai mamak, kami sambung2, pastu main lompat2 la..ala..macam orang luaq negara main ngan tali skipping depa tu..kami tak dak la nak nari2..lompat semata mata.



Ni separuh akhir nih..kena timang tudung tin tu..haha

::Tudung Tin::
Kan aku dah kata kami kreatif! kami kumpui tudung tu suma, pastu main jentik2. cuma tanya budak zaman sekarang, reti main ka?

:: Batu seremban::
Ni biasala, permainan traditional

:: Pepsi Cola::
Ni aku tak ingat sgt camna nak main.. main ligan2 (kejar2) kot..tapi best ar!!

Tudiaa... banyak jugak la kan yang budak2 zaman sekarang tak rasa.. memang rugi aku habaq hang!! asyik2 main game kat CC, tak pun dok gelebeh Henpon tu..kami zaman dulu kalau pakai 3310 tu kira kaya raya la tau tak!! haha

BEST!! BEST!!!

Tu la stakat ni..lain kali aku sambung lagi tau.. Chow!



Monday, January 10, 2011

Malay: Aku blogging bahsa melayu weh!

Woow!! wow!! wow!
Akhirnya cik Fatirah berblog bahasa melayu! Canggih gila! Suka teramat!

Ok fine, persoalannya kat sini, pasaipa cik fatirah tak blog bahsa melayu sejak azali?

Like this la kan sebenarnya, Cik fatirah punya kawan ramai tak reti bahsa melayu...kesian tak kat depa? Depa pun nak baca gak ( konon aku feymes di kalangan mereka la ni... ).

Masa mula2 cik fatirah ( ok, hentikan cik fatirah ini! ) mula blogging, azamnya adalh untuk memper-terror-kan bahsa omputih...
Well, well, bahsa keutamaan la kononnya!

Tapi la kan, sejak kebelakangan ni, aku rasa tak berapa best ber-blog bahsa omputih ni dah ( cakap je la dah tak dak idea )..maka, aku rasa aku bertanggungjawab memperkasakan bahsa ibunda aku lak!
Maka, disinilah aku!

Ramai gak suara2 makhluk halus yang aku dengar berkata

"eleh, bajet baguih la blog bahsa inggeris "

Hellloo!! ni belog aku kot..suka hati aku dan keluarga aku la nak blog bahsa inggeris ka, bahsa tamil ka, bahsa kambodia ka...
hang tak suka?, silakan jangan ke sini lagi ya..

Wow! itu baru intro! ( idea mencurah-curah nampaknya)

Utk entry pertama bahsa melayu aku, aku nak cakap pasal...pasall....

pasal aku la!!

kui kui kui!!!

Tak dak pa pun yang best sgt..

Aku ni besa2 ja..
Mak pak aku kaya gila....
Aku blajar tetiap sem 4 flat ( bosan gila )
Cantik tu tak payah kata la..memang cun!
Aku juga dikenali sbb pemurah dan baik hati


POOOOOODAH!!!

Ada hati!

Hurm...macam dah panjang je...cukupla setakat ni..
Nanti aku belog lagi na..

Hampa bagi la apa2 idea yang hampa rasa aku patut tulih.
Sekian!


Keamanan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...